Monday, 28 April 2014

~ 50 tanda orang munafik ~

Assalamualaikum W.T.B

Ya Allah jauhkan ku daripada 50 tanda-tanda munafik ini .


  1. Malas beribadat kepada ALLAH.
  2. Lupa kepada Allah.
  3. Melalaikan solat Fardhu.
  4. Mempercepatkan pergerakan solat.
  5. Gemar meninggalkan solat jemaahMeninggalkan solat Jumaat.
  6. Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi , berpura-pura baik dihadapan orang ramai dan melakukan kemungkaran dibelakang orang.
  7. Menyuruh yang mungkar dan melanggar yang ma'ruf.
  8. Menyembunyikan ilmu pengetahuan.
  9. Mengamalkan riak.
  10. Hasad dengki.
  11. Mungkir janji.
  12. Dusta.
  13. Bakhil.
  14. Fitnah menyampaikan keburukan orang lain.
  15. Mencaci maki.
  16. Mengumpat.
  17. Mengungkit pemberian kepada orang.
  18. Mengingkari takdir.
  19. Mempersendakan kesucian Agama.
  20. Menghina sahabat Rasulullah S.A.W
  21. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.
  22. Menangguhkan pembayaran hutang.
  23. Mengambil atau menguasai harta orang lain dengan jalan aniaya.
  24. Menipu dalam jual beli
  25. Bergaul dengan orang yang memperolok Alquran
  26. Memakan harta anak yatim
  27. Membuka rahsia orang lain
  28. Merasa aman dari murka Allah apabila membuat dosa
  29. Memanggil orang dengan panggilan buruk yang tidak disukai.
  30. Menghalangi orang dari mengamalkan ajaran islam
  31. Suka kepada kesesatan dan menyesatkan orang lain.
  32. Bermuka dua
  33. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenar.
  34. Sombong antara manusia
  35. Suka berbantah dan berbalah dengan orang lain.
  36. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah
  37. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
  38. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
  39. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
  40. Mengkianati sesuatu amanah
  41. Memutuskan silaturrahim
  42. Memecahbelahkan kaum perpaduan muslimin
  43. Menghalalkan yang haram
  44. Merosakkan harta benda bumi
  45. Menuduh orang beriman 
  46. Mengubah dan menyalahgunakan ayat Alquran
  47. Bersumpah dengan selain nama Allah
  48. Merasa gembira apabila musibah menimpa kepada orang beriman.
  49. Enggan berjihad
  50. Sering mencari alasan untuk melakukan kebaikan.




~ Permainan Tradisional ~

Permainan tradisional semakin lama semakin dilupai ... Seumpama kacang lupakn kulit. Kanak- kanak pada zaman sekarang hanya lebih mengetahui monopod , iphone , ipad , dan pelbagai lagi jenis kecanggihan teknologi :o ...

so... sekarang mari kita flashback balik apa yang dah kita lupa lama dah ... :)


Ni kalau budak zaman sekarang mesti ingat headphone kan??  hehehe.... tapi ni ialah tempurung nyior dak pun kelapa ... selalunya kanak2 dulu main benda ni dekat padang.. ambil tali ikat kat lubang tempurung tu lepas tu lumba lari siapa sampai dulu dia menang. 



Ni permainan paling famous waktu hingusan dulu . Permainan ni dipanggil "caplong"




-congkak-
Permainan ni paling disukai oleh diri sendiri .. Tapi dulu cukup takut main benda ni waktu malam. sebab ada orang kata main benda ni waktu malam nanti ada hantu datang..


-tarik upih-
Permainan ni cukup digemari bagi orang yang hanya tunggu untuk ditarik , tetapi cukup menyiksakan kepada orang yang menjadi penariknya. 

-ting ting-
selalu main permainan ni masa pakai skirt pendek ikat tocang dua .

-imbang bulu ayam-
Seumur hidup xpernah main permainan ini tapi pernah tengok orang main benda ni dekat kampung. Selalunya lelaki akan berkumpul pada waktu petang dan bermain seperti sepak takraw. 



-lari dalam guni-
Selalu permainan ini diadakan semasa sukaneka sekolah. 


Sekarang ini masih ada lagi permainan seperti ini ?? masih wujudkah kenangan yang terindah seperti ini .. tepuk dada tanya iman. 




Sunday, 27 April 2014

~ KREATIF BARANGAN TERBUANG ~

Assalamualaikum W.T.B :|
Rieka nak tanya dekat sini sapa kreatif? sapa rasa dia kreatif sila angkat kaki dua2 sekali .. hahhh .!
So... kesimpulannya kat sini rieka nak tunjuk something yang mungkin korang penah jumpa ataupun mungkin korang xpernah terfikir pun nak buat benda macam ni ... Sebab apa rieka kata begitu .. sebab bagi rieka benda ni memang comel, memang kreatif, memang menarik hati lah... Mari kita lihat satu2 apa yang rieka excited sangat nak tunjuk ke korang semua... :P

Yang ni korang boleh buat untuk birthday sesapa saja... korang tukar la dad tu jadi apa2 ja... comel kot.. tu menunjukkan korang caring tentang sesorang .. :)

Yang ni pun korang boleh design letak dekat dinding2 korang yang korang rasa dah xmenarik tuhh.. letak benda ni bg banyak2 ekor sikit. lepas tuhh kalau rajin cat dinding korang warna biru laut.. sah korang rasa boleh jadi penyelam terlama sekali . 


Yang ni pulak korang boleh design buat sendiri lepas tu berangan duduk jepun pegang payung.



Ni pulak bila dah banyak kali tanam poko bunga tapi tak pernah menjadi.. asyik mampus je kan.. apa kata korang tanam ja benda ni.. lepas tu mesti bangga sebab bunga korang lain pada yang lain. 





Yang ni korang buat macam korang kreatif la kan ?? warna warni tuhh... 


Yang ni khas untuk orang malas macam aku. Tambah pulak suiz tinggi, wayar tepon korang pendek ... nk letak atas lantai xboleh, nak sangkut kat dinding pun tak boleh, nak pegang memang tak laaaa... sebab korang kan malas macam aku. hahahaha.. so,, ini jlan penyelesaiannya .. :)



 Ini sesuai untuk mak-mak kat dapur.. sebab kadang2 bawang timunn cili bergolek sana sini... huhuhu



Yang ni pulokk.. untuk korang yang punya masalah macam aku yang ada adik suka sepah barang, buku segala macam benda dy lempar macam tu ja.. adoiii .. aku pun pening kadang2.. tapi aku dah jumpa jalan penyelesaian. aku nak buat benda ni la nanti tengok kalau aku xmalaihhh macam hampa.. 


At least but not first,, benda ni aku nak tunjuk dari awai tadi lagi .. aku rasa kagum dengan pembuat benda ni.. aku suka sangat .. rasa memang kreatif sangat sapa yang berjaya fikir semua ni... otak dy memang geliga kalah lampu bulat kat rumah hampa.. benda tu ialah ... jengjengjeng ...


Ni la benda tu.. comey kan ? kreatif kan ? terbaik kan? diri aku sendiri xpernah terfikir semua ni... :)

So hampa semua tunggu apa lagi.. p buat cepat .. bukan mahal pun.. semua barang terbuang dah pun .. jimat jimat :)



~ Makanan segera VS Fast food ~

Bila kalian tengok entry macam pelik jerr macam pelik jerrr . Hehehe :) .. Mesti tertanya-tanya apa yang berlawannya makanan segera dengan fast food .. shuttt ! tutup mulut tu nanti lalat masuk and stop garu kepala nanti difikir ada kutu ... >.<

Sebenarnya rieka saja ja nak tengok latah keletah korang berjaya tak tangkap apa yang rieka lepas... laaa... pokcik garu pale lagi lorhh :P 

Dah memang kalau pokcik cari kamus dok pon dictionary alaf ke 2000 pun xkan jumpa bezanya pokcikkkk :) Dah memang sejak pokcik lahir lagi makanan segera tu memang maksudnya fast food pun dalam bahasa omputih  English ... Tapi apa yang pokcik tahu tentang makanan segera?? hahh ! .. meh sini cek nak kaborr >_<

Makanan segera ataupun fast food bagai itu menurut Wikipedia ialah istilah bagi makanan segera adalah apa jua yang disediakan cepat, mudah dan kebiasaanya murah. Boleh dikatakan makanan segera mudah didapati di mana-mana sahaja kedai yang menjual makanan dan snek. Makanan segera sangat popular kerana dengan hanya RM5 kita boleh mendapatkan hidangan yang mengenyangkan. Walaubagaimanapun pernah x pokcik tertanya mengapa makanan segera sangat murah? sudah tentu kerana makanan segera diperbuat daripada bahan yang murah seperti daging yang berkolestrol tinggi dengan tambahan gula dan lemak yang berlebihan. 

Pokcik nak contoh pulokk ... okeyy .. contoh senang adalah KFC and MCD yang pokcik dok bawak cucu-cucu p makan bila lapar time tengahari tu .. hahh ! tu la contohnya ...






Ini pulak contoh2 makanan yang banyak bahaya dan kurang mendatangkan faedah kepada diri pada abad sekarang ni ... Rakyat yang sering menikmati pelbagai jenis makanan segera berisiko tinggi untuk mendapat penyakit seperti diabetes @ kencing manis , darah tinggi dan penyakit jantung yang boleh membawa maut.

MEE SEGERA !!
Tidak dinafikan .. saya sendiri selalu mengamalkan pemakanan mee segera ... sebagai student kadang2 masalah kewangan sering terbelenggu ... jadi student mengambil jalan mudah untuk makan mee segera untuk mengalas peut.. memang menjadi tabiat bila makan sekali pasti nak lagi. disebabkan ketagihan tersebut, ramai student tidak tahu yang banyak keburukan sering mengamalkan mee segera tersebut .. Sebenarnya telah terbukti bahawa mee segera telah mengandungi bahan yang sangat bahaya dan boleh mendatangkan kemudharatan kepada diri kita.


Subhanallah ... cuba anda lihat apa yang terkandung dalam terjadinya sebungkus mee segera .. Apakah benda ini yang bersarang dalam tubuh badan student dalam kalangan masyarakat sekarang.. 











Demikianlah keburukan yang ada dalam makanan segera ... so !!! tunggu apa lagi ..??!! BERUBAH WOIII !!

Saturday, 26 April 2014

~ Friendship ~

Sahabat sejati ialah sahabat yang sedang menangis namun ia tetap tersenyum ketika bersama kita. Sahabat yang baik adalah sahabat yang tidak akan memburukkan, menceritakan aibmu pada orang lain walaupun pada saat itu kamu sedang dalam perselisihan.

Begitulah indahnya istilah seorang sahabat pada mata dunia.Persoalannya, masih wujudkah persahabatan dalam kalangan masyarakat sekarang?

Ramai yang menyalah tafsir erti sahabat sebenarnya ... Kebanyakkan orang hanya mengganggap sahabat akan wujud dikala susah. Dikala senang masing-masing membawa diri dalam kesenangan tersebut. :)

Pada pendapat rieka.. sahabat perlu ada dalam apa jua keadaan. meski susah ataupun senang.. Dan kita sebagai seorang sahabat perlu merasa bersyukur menerima sahabat. Jangan kita memendang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat. teman yang banyak boleh diibaratkan sebagai pasir-pasir dipantai tetapi teman yang satu ibarat mutiara antara pasir-pasir itu. Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya.

Tidaklah kita dapat mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu. Tidak dapat mengetahui adakah seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat mengenal adakah seorang itu berani melainkan ketika berjuang. Tidak dapat mengenal seorang sahabat melainkan dalam kesusahan.

Bersahabatlah dengan hatimu dahulu daripada bersahabat dengan orang lain. Teman ketawa bagaikan air didaun keladi walau tercurah tak terkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tidak akan putus. Bersahabatlah dengan seorang yang suka membela kebenaran, kerana dialah hiasa dikala kamu senang dan perisai dikala kamu susah. Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, jangan rasa menyesal untuk bertemu orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu kamu.

Akhir sekali, persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian. Namun jangan kita lupa musuh juga merupakan sahabat kita yang akrab.